Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor England akan mulakan mogok 5 hari tuntut kenaikan gaji

    LONDON, 9 JULAI – Doktor hospital di England dijadualkan mengadakan mogok selama lima hari bermula hujung bulan ini sebagai bantahan terhadap isu pemulihan gaji yang masih belum diselesaikan, demikian menurut kenyataan Persatuan Perubatan British (BMA), kelmarin.

    Tindakan industri terbaharu itu diumumkan hampir 10 bulan selepas rundingan terdahulu mencapai kesepakatan membabitkan kenaikan gaji sebanyak 22.3 peratus dalam tempoh dua tahun, yang ditawarkan sejurus selepas kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer mengambil alih pentadbiran.

    Dalam kenyataan bersama, Pengerusi Jawatankuasa Doktor Residen BMA, Melissa Ryan dan Ross Nieuwoudt berkata mogok itu tidak dapat dielakkan selepas pertemuan mereka dengan Setiausaha Kesihatan, Wes Streeting, gagal membuka ruang rundingan berhubung pemulihan semula kadar gaji.

    “Tanpa tawaran yang munasabah untuk membawa kami kembali ke landasan pemulihan gaji, kami tiada pilihan lain selain meneruskan mogok,” tambah mereka.

    Doktor BMA menambah kerajaan enggan berunding mengenai gaji, ‘mahu menumpukan pada elemen bukan gaji tanpa mencadangkan penyelesaian.’

    Pada September lalu, jawatankuasa yang mewakili doktor pemastautin menerima tawaran kenaikan gaji kerajaan yang disifatkan sebagai permulaan kepada pemulihan selepas 15 tahun penurunan gaji sebenar. – AFP

    Orang ramai memegang sepanduk meminta gaji yang lebih baik untuk doktor muda, ketika mereka berdiri di barisan piket di luar Hospital St Thomas di tengah London pada 3 Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda