Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Doktor gigi nafi bunuh isteri

    DENVER, 29 JULAI – Seorang doktor gigi yang dituduh menembak mati isterinya di kabin mereka pada akhir percutian safari di Afrika memberi keterangan semalam bahawa selaras senapang patah yang dibawa oleh mereka untuk memburu harimau bintang meletup secara tidak sengaja, mencederakan isterinya ketika dia bergegas untuk mengemas sebelum pulang pada pagi itu.

    “Saya tidak bunuh isteri saya. Saya tidak sanggup bunuh isteri saya. Saya tidak akan bunuh isteri saya,” beritahu Lawrence ‘Larry’ Rudolph kepada juri semalam.

    Suaranya serak pada masa dia memberikan keterangan selama dua jam mengenai perkahwinannya kepada Bianca Rudolph dan kematiannya pada Oktober 2016 di Zambia.

    Dia berkata dia berada dalam bilik mandi apabila dia terdengar bunyi tembakan dan keluar dan mendapati isterinya di atas lantai, berlumuran darah.

    Pendakwa mendakwa Rudolph, 67, membunuh isterinya supaya dapat bersama dengan teman wanitanya, Lori Milliron, yang didakwa berdusta kepada juri dan menjadi subahat dalam perbuatan jenayah tersebut.

    Dia juga dibicarakan bersama Rudolph. Dalam kenyataan pembunuhan, pendakwaan memberitahu juri Rudolph kedengaran berkata ‘saya bunuh isteri saya demi awak’ semasa pertengkaran dengan Milliron di sebuah restoran Phoenix pada 2020 selepas dia mendapat tahu FBI sedang menyiasat kematian isterinya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -