Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Doktor hilang dalam runtuhan bangunan

    LILLE, 13 NOV – Pekerja penyelamat kini sedang giat menjalankan usaha mencari doktor yang hilang selepas dua bangunan runtuh di bandar Lille, utara Perancis, semalam.

    Leftenan Kolonel Stephane Beauventre, menerusi mesej yang disiarkan oleh pusat operasi kecemasan CODIS, berkata mereka pasti mangsa berada dalam runtuhan.

    “Telefon mangsa tidak berjawab, keretanya berada di tempat letak kereta… dan beliau tidak mengambil jadual tugas,” tambahnya.

    Menurut polis, kebanyakan penghuni dipindahkan waktu malam sebagai langkah berjaga-jaga berikutan amaran daripada seorang penduduk bahawa salah satu dinding mula ‘retak’.

    Pegawai yang melawat kawasan kejiranan semalam memeriksa keretakan atau kebocoran gas akibat runtuhan. – AFP

    Sebuah bangunan runtuh kelihatan di Lille, utara Perancis kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...