Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor Itali paling tua di Eropah

    ROM, 12 SEPT – Doktor Itali merupakan yang paling tua di Eropah dengan 55 peratus daripada mereka berusia lebih 55 tahun dan jumlah persaraan dijangka memuncak pada 2025, kata Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT), kelmarin.

    Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa SIGOT berkata gelombang persaraan, dengan dianggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025, akan direkodkan ketika profesional perubatan menghadapi permintaan bantuan yang semakin meningkat akibat penuaan penduduk.

    Menurut angka yang dikeluarkan oleh biro statistik kebangsaan ISTAT tahun ini, dalam tempoh dua dekad yang lepas penduduk berusia lebih 65 tahun telah meningkat lebih tiga juta kepada 14.3 juta orang di Itali.

    Pada masa yang sama, pada 2021, 55 peratus doktor berusia lebih 55 tahun di Itali, berbanding 44.5 peratus di Perancis, 44.1 peratus di Jerman, dan 32.7 peratus di Sepanyol berusia lebih 55 tahun. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda