Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor Korea Selatan lancar mogok

    SEOUL, 14 OGOS – Doktor di Korea Selatan melancarkan mogok sehari pada hari ini sebagai membantah rancangan pembaharuan perubatan kerajaan, dengan beberapa gangguan dijangka tidak dapat dielakkan, lapor agensi berita Yonhap.

    Mogok itu adalah sebahagian daripada bantahan kuat Persatuan Perubatan Korea (KMA) terhadap rancangan pemerintah untuk menambah kuota kemasukan ke pusat pengajian perubatan.

    Antara yang turut serta adalah pengamal perubatan di klinik kecil dan beberapa doktor pelatih, seperti pelatih dan penduduk, di hospital umum, kata KMA.

    Namun, doktor yang bekerja di bidang penting, seperti unit rawatan rapi, pembedahan dan bilik kecemasan, terus bertugas seperti biasa.

    Pihak berkuasa kesihatan berkata mereka tidak menjangkakan berlakunya gangguan besar, kerana hospital menggerakkan pekerja kesihatan alternatif, dan doktor di jabatan penting tidak mengikut serta dalam mogok tersebut.

    Ia merupakan mogok ketiga terbesar KMA sejak dua dekad yang lalu, selepas 2000 dan 2014. Minggu lalu, doktor pelatih di hospital besar melancarkan mogok satu hari yang berasingan.

    Sehingga Khamis, 8,365 atau 24.7 peratus daripada 33,836 klinik di seluruh negara akan menutup klinik mereka, menurut kementerian kesihatan.

    Jumlah sebenar klinik yang ditutup pada hari ini belum dilaporkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda