Doktor: Navalny mungkin ‘mati bila-bila masa’

MOSCOW, 18 APRIL – Pengkritik Kremlim dipenjarakan Alexei Navalny menghadapi risiko jantung terhenti pada ‘bila-bila masa’ tatkala kesihatannya semakin merosot, doktor mengingatkan semalam, menggesa akses diberikan kepada tahanan paling terkenal di Rusia itu.

Pada 31 Mac, penentang paling lantang Presiden Vladimir Putin melancarkan mogok lapar untuk menuntut rawatan perubatan untuk sakit belakang dan rasa kebas di kaki dan tangannya.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyuarakan sokongannya terhadap bantahan atas layanan yang diberikan kepada aktivis itu, menyifatkan situasi ‘amat tidak adil.’

Navalvy, 44, dipenjarakan pada Februari dan sedang menjalani hukuman penjara dua setengah tahun atas dakwaan menggelapkan wang di bandar Pokrov kira-kira 100 kilometer dari timur Moscow.

Doktor peribadi Navalvy Anastasia Vasileva dan tiga doktor lain termasuk pakar kardiologi Yaroslav Ashikhmin telah meminta pegawai penjara supaya memberikan mereka akses kepada Navalvy. – AFP

Gambar fail bertarikh 20 Februari 2021 menunjukkan AlexeiNavalny berdiri dalam sel kaca semasa perbicaraan mahkamah di mahkamah daerah Babushkinsky di Moscow. – AFP