Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor palsu dibebaskan

    TOURS, PERANCIS, 28 JUN – Seorang warga Perancis yang membunuh ibu bapa, isteri dan anaknya selepas berpura-pura menjadi seorang doktor berjaya selama dua dekad dalam satu kes yang memberikan ilham kepada buku dan filem, telah dibebaskan berdasarkan parol selepas dipenjarakan selama 26 tahun, kata peguamnya hari ini.

    Jean-Claude Romand membunuh ibu bapa, isteri dan dua anaknya pada 1993 apabila mereka mendapat tahu dia menjalani dua kehidupan.

    Romand telah menghabiskan hampir 20 tahun berpura-pura beliau adalah seorang doktor dan penyelidik berjaya yang bekerja untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva.

    “Beliau dibebaskan pada malam semalam” dari penjara Saint-Maur berhampiran bandar Bourges, kata peguam Jean-Louis Abad hari ini.

    Mahkamah rayuan telah memberikan parol kepada Romand pada 25 April.

    Lelaki berusia 65 tahun itu akan diletak di bawah pengawasan elektronik selama dua tahun dan mesti tinggal di satu kawasan yang diluluskan oleh badan kehakiman.

    Mahkamah rayuan juga melarangnya daripada menghubungi pihak awam yang terbabit dalam kes itu, dan daripada bercakap kepada media ‘tentang jenayah yang telah dilakunya.’

    Kesnya telah menjadi subjek menarik di Perancis, terutamanya memberi ilham kepada buku ‘L’adversaire’ oleh Emmanuel Carrere yang dijadikan filem pada 2002 oleh Nicole Garcia membintangi pelakon Perancis terkenal Daniel Auteuil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda