Thursday, February 29, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Doktor rawat Taib Mahmud di rumah – Premier Sarawak

    KUCHING, 7 FEB – Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud kini sedang menerima rawatan di kediaman peribadinya di sini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Katanya Abdul Taib kini dirawat oleh doktor serta jururawat daripada Pusat Pakar Perubatan Normah.

    “Beliau (Abdul Taib) masih dalam rawatan di rumah, ada jururawat dan juga doktor daripada Normah yang ditugaskan untuk menjaga beliau.

    “Saya sendiri belum lagi menerima laporan mengenai keadaan kesihatan beliau, untuk maklumat lebih lanjut itu perlu tanya doktor yang merawat, saya sendiri belum berjumpa dengan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di sini, hari ini.

    Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata dakwaan bahawa Abdul Taib dilarikan adalah tidak benar.

    Beliau berkata hal ini kerana keberadaan Abdul Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.

    Pada Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dilaporkan telah menerima laporan tentang kejadian yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran lancar satelit pengesanan jauh dari Rusia

    TEHRAN, 29 FEB – Iran mengumumkan hari ini pelancaran satelit pengesanan jauh dan pengimejan ke orbit dari Rusia, menurut media kerajaan. Satelit ‘Pars-I’ itu dilancarkan...