Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor selamatkan anak damit berkaki 6

    5 tahunPAKISTAN, 21/22 April 2012 – Anak damit berkaki enam telah ditempatkan di unit rawatan rapi Institut kesihatan Kanak-kanak Kebangsaa, di Karachi, Pakistan. Doktor di Pakistan bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa anak damit lelaki itu, yang dilahirkan dengan enam kaki berikutan masalah genetik luar biasa, kata pihak berkuasa hospital.

    “Anak damit itu dilahirkan isteri kepada seorang juruteknik X-ray seminggu lalu,” kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan, Jamal Raza.

    “Sebenarnya ada dua anak damit bergabung dalam satu tubuh, namun seorang daripadanya tidak matang,” katanya.

    Seorang doktor yang enggan dikenali berkata tambahan anggota kanak-kanak itu adalah akibat penyakit genetik yang hanya menjejaskan seorang daripada sejuta anak damit.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda