Friday, September 13, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang besar

    COLOMBO, 14 JUN – Doktor tentera Sri Lanka telah mengeluarkan apa yang kini direkodkan sebagai batu karang terbesar di dunia daripada seorang pesara tentera berusia 62 tahun, kata tentera, hari ini.

    Batu karang yang dikeluarkan daripada bekas sarjan, Canistus Coonge seberat 801 gram (28.25 auns), lebih lima kali ganda berat buah pinggang lelaki biasa, kata tentera.

    Batu karang Coonge berukuran 13.37 sentimeter (5.26 inci) panjang, berbanding dengan purata buah pinggang yang panjangnya kira-kira 10 hingga 12 sentimeter.

    “Pengeluaran batu karang terbesar dan terberat di dunia melalui pembedahan besar telah dilakukan pada 1 Jun di Hospital Tentera Colombo,” kata tentera dalam satu kenyataan.

    Coonge memberitahu TV tempatan Swarnavahini bahawa dia mengalami sakit perut sejak 2020 dan ubat-ubatan jenis telan tidak membantu.

    Seorang pegawai perubatan tentera mengukur batu karang dikeluarkan daripada seorang askar bersara di hospital Tentera di Colombo, 1 Jun. – AFP

    “Saya diminta untuk menjalani pembedahan selepas imbasan terkini baru-baru ini,” katanya. “Saya rasa normal sekarang.”

    Kes Sri Lanka itu melepasi pengendapan buah pinggang terbesar yang direkodkan sebelum ini iaitu 620 gram daripada seorang pesakit di Pakistan pada 2008, menurut Guinness World Record.

    Pegawai mengumumkan penemuan itu hari ini selepas Guinness World Record mengiktirafnya.

    “Perkara yang paling penting bagi kami ialah buah pinggang berfungsi secara normal walaupun terdapat batu karang ini,” kata pakar bedah tentera, K. Sutharshan.

    Batu karang terbentuk apabila mineral dan garam mengkristal di dalam buah pinggang semasa ia menapis darah.

    Pemecahan batu karang boleh menyebabkan kesakitan yang luar biasa, dan memerlukan pembedahan jika ia terlalu besar dan tersekat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda