Dokumen persidangan damai Libya hampir siap

MOSCOW, 17 JAN – Pemangku menteri luar Rusia, Sergei Lavrov berkata hari ini bahawa dokumen untuk persidangan damai Libya hampir-hampir siap tetapi pesaing negara itu menolak untuk bercakap antara satu sama lain.

Kuasa dunia sedang bersedia untuk mengadakan sidang kemuncak keamanan di Berlin hujung minggu ini dalam usaha meningkatkan penyelesaian gencatan senjata di Afrika utara.

“Pada pendapat saya, dokumen akhir nampaknya siap,” kata Lavrov memberitahu pemberita.

Tetapi dia menegaskan ketegangan besar di antara ketua-ketua berperang di Libya, ahli tentera timur, Khalifa Haftar dan ketua kerajaan Tripoli yang diiktiraf PBB, Fayez al-Sarraj.

“Setakat ini hubungan antara mereka sangat tegang, mereka juga menolak untuk berada di dalam bilik yang sama untuk mengata apa-apa dalam perbincangan,” kata Lavrov.

Awal minggu ini, kedua-dua mereka menghadiri perbincangan di Moscow tetapi Haftar meninggalkan Moscow tanpa menandatangani gencatan senjata kekal untuk menamatkan sembilan bulan pertempuran.

Lavrov berkata adalah penting bagi kedua-dua pihak untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan mengemukakan tuntutan tambahan selepas persidangan di Berlin. – AFP

Pemangku Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada sidang akhbar mengenai perkara itu di Moscow – AFP