Wednesday, February 5, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dolce & Gabbana serlah suasana

    MILAN – Untuk tampil berkilauan atau sebaliknya adalah persoalan abadi di Dolce & Gabbana kedua-dua pereka mempunyai cara mereka masing-masing semasa pratonton pakaian lelaki Minggu Fesyen Milan untuk musim sejuk, baru-baru ini.

    Jemputan pertunjukan yang elegan dalam warna Burgundy neutral musim sejuk mencadangkan koleksi yang bersahaja dengan siluet yang longgar dan ringkas.

    MEMBANGKITKAN KOLEKSI DOLCE VITA

    Koleksi Domenico Dolce dan Stefano Gabbana untuk Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 mengimbau kembali pakaian lelaki Dolce Vita yang mudah dengan dua suasana iaitu kasual untuk siang hari dan pakaian rasmi atau pertunjukan karpet merah pada malam hari.

    Seluar jeans denim yang sempurna untuk menonjolkan gaya pakaian terdiri daripada jaket bulu palsu berukuran kecil dan besar, bomber-trench combo kulit dan kot harimau bintang yang panjang. Manakala knitwear menampilkan seluar kargo longgar yang mudah dipakai, praktikal dan kontemporari. Kecuali jaket berlabuci yang terang, palet warnanya kekal neutral dan meyakinkan.

    Intipati pakaian siang itu diserikan dengan baju tank top berwarna gelap yang dipakai dengan seluar tweed longgar dan topi yang sepadan, dan kemeja-T kelabu digandingkan dengan seluar bertali pinggang dua.

    ATAS & BAWAH : Para model memperagakan koleksi lelaki Dolce & Gabbana Bagi Musim Luruh/Sejuk 2025-2026 yang dipersembahkan di Milan. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Bagi acara malam atau rasmi, sut elegan yang menggabungkan cummerbunds, selendang sutera berjumbai dan lapel lebar diserikan dengan kerongsang kristal, kesemuanya menyerlahkan kilauan gemerlapan apabila para jurugambar terpaku pada pentas pertunjukan tersebut.

    TONTONAN TREND

    Dickies bulu palsu yang berukuran tinggi pada leher, diikat dengan reben sutera untuk kehangatan dan kemewahan tambahan. Sut kemasan tali leher dan kerongsang Sneakers bertapak rendah dan but motosikal yang tinggi hingga pertengahan betis menyempurnakan penampilan. Selain itu, beg lembut diperbuat daripada kulit mewah dan fob kunci pada gelung tali pinggang.

    JURUGAMBAR, PEMINAT MERIAH SUASANA

    Kelipan kamera jurugambar yang semakin banyak menimbulkan kemeriahan dalam teater Metropol pereka tersebut.

    Di luar, Lucien Laviscount melompat di atas penghadang dan melintasi pentas pertunjukan di hadapan teater untuk mengalu-alukan peminat yang bersorak selepas persembahan.

    Pelakon Emily in Paris itu memakai sut bergaris pada bahagian dada yang elegan dengan rantai leher emas, sesuai dengan watak ahli perniagaannya yang bergaya, Alfie, ketika dia menandatangani autograf dan mengambil swafoto.

    Di samping itu, terdapat juga pelakon Korea Selatan, Jung Hai-in yang memakai ensembel burgundy; dan pelakon Thailand, Hirunkit Changkham, dengan pakaian knit hitam-putih dan seluar pendek Bermuda. Tetamu barisan hadapan juga termasuk James McAvoy, Levi Dylan dan Rocco Ritchie. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda