Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dolla hadiahkan ‘Damelo’ buat peminat Sepanyol

    Istimewa buat peminat yang bertutur dalam bahasa Sepanyol, kumpulan pop sensasi, Dolla menghadiahkan single berjudul Damelo.

    Dolla yang juga Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 mengakui, single ditulis dalam bahasa Sepanyol dan kemudian, diolah dalam bahasa Malaysia itu dilakukan bagi memenuhi permintaan peminat di Amerika Syarikat, Brazil dan Argentina.

    Wakil Dolla, Tabby berkata, selain suka bereksperimentasi dengan perkara baharu, Dolla juga mahu menghiburkan peminat dari Amerika Latin.

    “Kami ada ramai peminat yang bertutur dalam bahasa Sepanyol, jadi kami fikir mengapa tidak kembali ke genre awal seperti lagu Dolla Make You Wanna yang melonjakkan nama Dolla dalam arena muzik.

    “Dari situ, terbit idea tampil dengan single Damelo. Bagi tak tahu, peminat di Amerika Latin sudah lama mengikuti Dolla sejak lagu Impikan.

    “Mereka menyukai lagu Impikan walaupun dalam bahasa Malaysia. Jadi, kami hasilkan lagu Damelo dan salah satu golnya untuk mereka.

    “Walaupun lirik lagu ditulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam bahasa Sepanyol bagi menghormati penulis asal karya ini.

    “Kami juga terpaksa belajar sebutan bahasa Sepanyol daripada penyanyi, SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan baik,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Dolla berharap single Damelo akan membuka ruang untuk mendekati lebih ramai pendengar dan peminat antarabangsa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda