Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dominasi kelab EPL bangkit kerisauan Eropah

    LIVERPOOL, 7 DIS – Ketika Barcelona dan juara Sepanyol, Atletico Madrid berusaha merebut kedudukan kelompok 16 terakhir di Liga Juara-Juara pada minggu ini, empas pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh menarik nafas lega mengetahui kedudukan mereka ke peringkat kalah mati sudah terjamin.

    Liverpool, Manchester City, Manchester United kesemuanya sudah meraih kedudukan teratas dalam kumpulan masing-masing, sementara Chelsea akan menyusul dengan kemenangan ke atas Zenit Saint Petersburg.

    Kejayaan kelab EPL pada musim ini terus memberi kebimbangan buat keseluruhan liga di Eropah.

    Dua daripada tiga aksi final Liga Juara-Juara telah menyaksikan pertemuan semua wakil dari England, dipertandingkan oleh empat kelab berbeza. Selain aksi hebat di atas padang, kelab EPL juga mempunyai kebolehan untuk menarik perjanjian hak penyiaran besar dari seluruh dunia dan ini memberikan jurang antara kelab terbaik England dengan keseluruhan liga Eropah yang hanya akan berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

    Liga utama England menikmati kedudukan sebagai liga paling kaya di dunia menerusi perjanjian hak penyiaran bagi pasaran domestik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda