Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Donald kekal sebagai Kapten Piala Ryder Pasukan Eropah

    LONDON, 30 NOV – Luke Donald akan kekal sebagai kapten Piala Ryder Eropah untuk kejohanan 2025 di Bethpage Black, New York selepas mencipta kemenangan tahun ini, ketua pasukan mengumumkan hari ini.

    Pemain Inggeris itu telah dilantik semula selepas kemenangan 16.5-11.5 ke atas Amerika Syarikat di Rom pada Oktober, susulan itu, para pemain Eropah menggesa agar Donald kembali memimpin pasukan mereka.

    Pemain berusia 45 tahun itu kini menjadi kapten kali kedua yang pertama Eropah sejak Bernard Gallacher menjalankan peranan yang sama pada 1991, 1993 dan 1995. Donald berusaha untuk menjadi kapten kedua selepas Tony Jacklin yang berjaya membawa Eropah meraih kemenangan di tempat sendiri dan di tempat lawan.

    “Saya gembira dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengetuai Pasukan Eropah dalam Piala Ryder sekali lagi,” kata Donald, yang pada mulanya dilantik untuk edisi 2023 selepas Henrik Stenson dipecat kerana menyertai LIV Golf.

    “Peluang besar tidak datang begitu kerap dalam hidup dan saya sangat percaya bahawa apabila ia berlaku, awda perlu meraihnya dengan kedua-dua tangan. Ini adalah salah satu detik ini.

    “Saya bernasib baik sebagai pemain kerana telah mengalami banyak kenangan indah dalam Piala Ryder, jadi untuk menambah pengalaman sebagai kapten pasukan juara, membina hubungan erat dengan 12 pemain seperti di Itali, dan meraih hasil yang kita capai, adalah sesuatu yang sangat istimewa.

    “Ryder Cup bermakna banyak bagi saya, jadi kembali menjadi kapten dan mempunyai peluang untuk mencipta sejarah sebagai kapten Eropah kedua yang memenangi berturut-turut adalah sesuatu yang sangat mengujakan,” katanya. – AFP

    Reaksi Donald (tengah) bersama ahli pasukan menjulang Piala Ryder selepas menang di Kelab Golf Marco Simone di Guidonia Montecelio pada 1 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...