Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Donat ‘mentah’, snek popular terbaharu di Jepun

    TOKYO – Donat mengalami satu lagi gelombang populariti dalam apa yang dipanggil ledakan kelima sejak hidangan manis itu dimakan secara meluas di Jepun pada 1970an.

    Pelbagai kedai dan pengeluar mengeluarkan produk dengan tekstur dan perisa yang unik, sekali gus menarik perhatian orang ramai.

    Dalam cuaca panas terik pada penghujung Ogos, kira-kira 50 orang membentuk barisan di hadapan rangkaian kedai I’m donut? cawangan Shibuya.

    Tarikan besar untuk rangkaian itu, yang mempunyai empat buah kedai di Tokyo dan Fukuoka City, adalah gabungan khas bahan-bahan yang digoreng pada suhu tinggi. Ia juga digelar ‘donut mentah’ kerana ia rangup di luar tetapi cair di dalam. Selain perasa biasa, kedai ini juga menawarkan coklat dan teh hijau.

    “Saya mahu menikmati tekstur donat yang popular ini bersama rakan-rakan saya,” kata Hayato Koyanagi, seorang pekerja pejabat berusia 37 tahun di Wilayah Setagaya, Tokyo, selepas membeli 12 biji donat.

    Pelbagai jenis donat di rak kedai I’m donut? di Shibuya, Tokyo. – ANN/ Yomiuri Shimbun
    Donat di Park Store di Setagaya, Tokyo. – ANN/Yomiuri Shimbun
    Donat dari kedai Piece of Bake di Kichijoji, Tokyo. – ANN/Yomiuri Shimbun

    Donat dikatakan tersebar di seluruh negara selepas rangkaian donat utama Amerika Syarikat (AS) memulakan perniagaan di sini pada 1970an. Snek manis ini telah mengalami beberapa ledakan pada masa lalu.

    Pada tahun 2000an, produk dengan tekstur kenyal itu menjadi kegilaan besar, dan satu lagi jenama AS yang telah lama bertapak memasuki pasaran Jepun. Ledakan terbaharu tertumpu pada donat mentah dan donat yang diisi dengan krim.

    Kazumi Mizorogi, seorang ilustrator yang mengarang ‘Donatsu no Tabi’ (Perjalanan donut) oleh Graphic-sha Publishing Co., ialah penggemar donat yang mengisytiharkan dirinya telah memakan kira-kira 500 jenis setahun. “Donut pada asasnya merupakan snek segera.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang telah menikmati sajian manis yang ringkas dan mudah ini dengan kopi, dan bilangan kedai donat juga telah meningkat, dan bukan hanya dari kedai rantaian,” kata Mizorogi.

    “Selain itu, permintaan untuk makanan bawa pulang semasa wabak koronavirus membantu meningkatkan minat.”

    Park Store, kedai yang mengkhusus dalam kek keju di Wilayah Setagaya, Tokyo, menjual donat sebesar buku lima tanpa lubang yang penuh diisi dengan krim. Inti donat buatan sendiri yang dihasilkan dengan keju mempunyai rasa yang menyegarkan. Kedai itu membangunkan produk tersebut dengan mengambil kira maklum balas daripada peminatnya tentang saiz dan perisanya. Donat itu ternyata sangat popular sehingga kadangkala habis dijual.Ia juga boleh dibeli secara dalam talian.

    Ledai Piece of Bake, yang bermula di Umeda di Osaka November lalu, membuka kedai di Kichijoji, Tokyo, pada Mac. Kedai ini mempunyai reputasi untuk tawaran masa terhad donat segar yang dibuat dengan krim segar dan krim kastard dari Hokkaido yang dicampur dengan buah-buahan bermusim dan bahan-bahan lain. Kedai itu merancang untuk menawarkan donat segar dengan perisa ubi keledek dan labu pada musim luruh.

    Kedai-kedai rantaian utama dan kedai serbaneka juga menyumbang kepada ledakan itu.

    Mister Donut menjual ‘pastri goreng Perancis segar’ dengan doh yang lebih lembut berbanding doh Perancis klasik dan rasa lembut dan lembap hingga September, selain perisa ubi keledek panggang bermusim.

    Rangkaian kedai serbaneka utama FamilyMart Co. juga menjual donat segar berintikan campuran kastard dan krim putar di kira-kira 16,500 kedainya di seluruh negara.

    Mizorogi berkata, “Semakin banyak kedai menggunakan donat yang baru digoreng sebagai titik jualan laris mereka.

    “Saya akan memerhatikan trend itu dengan teliti.” – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...