OKLAHOMA CITY, 7 APRIL – Luka Doncic mencetak 30 mata dan Los Angeles Lakers menewaskan Oklahoma City Thunder yang mendahului liga dengan keputusan 126-99 semalam.
Austin Reaves menjaringkan 20 mata manakala LeBron James menambah 19 mata dan tujuh assist untuk Lakers, yang telah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir mereka.
Shai Gilgeous-Alexander menjaring 26 mata dan Jalen Williams menambah 16 untuk Thunder.
Oklahoma City kekal dua mata di hadapan Cleveland Cavaliers dalam perebutan kedudukan terbaik liga dengan lima perlawanan lagi.
Thunder tewas dalam dua perlawanan berturut-turut untuk kali kedua musim ini.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada Selasa di Oklahoma City.

Lakers mendahului 42-32 selepas satu suku pertama.
Doncic melontar bola ke hoop sebelum membuat hantaran dua tangan di belakang kepalanya kepada Gabe Vincent, yang menjaringkan tiga mata untuk memberikan Lakers kelebihan 64-42.
Lakers mendahului 78-56 pada separuh masa selepas mencatatkan rekod francais dengan 15 lontaran tiga mata pada separuh masa pertama.
Ia merupakan jumlah mata terbanyak yang disumbang oleh Oklahoma City dalam mana-mana separuh masa musim ini. Doncic memimpin dengan 22 mata dan menjaringkan lima lontaran tiga mata, kebanyakannya melalui pertahanan yang ketat.
Doncic dihukum dengan foul ketika melakukan layup dan lontaran bebas itu me-ningkatkan kelebihan Lakers kepada 93-67 pada suku ketiga. Lakers mendahului 103-77 pada penghujung suku ketiga.
Anak LeBron James, Bronny, menjaringkan tiga mata untuk Lakers pada minit terakhir sebelum menamatkan perlawanan. – AP