LEICESTER, 2 April – Bos Leicester City, Craig Shakespeare semakin dekat menghampiri matlamat utamanya untuk kekal di liga utama selepas juara bertahan Liga Perdana itu menewaskan Stoke City 2-0.
Tetapi bos The Foxes itu mengakui bahawa dia sedar mengenai kedudukannya selepas melebarkan lagi permulaan sempurna dengan lima kemenangan berturut-turut bersama kelab Midland itu.
Kejayaan di gelanggang sendiri itu telah menyaksikan Shakespeare telah menjadi warga Inggeris pertama untuk memenangi empat perlawanan pertama sebagai pengurus Liga Perdana.
Dengan rekod itu, dia telah menyertai barisan pemenang seperti Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Guus Hiddink dan Pep Guardiola sebagai sejumlah kecil pengurus yang mencapai rekod itu.
“Saya sangat bangga,” kata Shakespeare, yang mana satu kemenangannya hadir dalam Liga Juara-Juara.
“Anda kadangkala perlu menyedarkan diri sendiri jika nama-nama hebat itu disebut.
“Saya masih berada di peringkat yang sangat awal dalam kerjaya pengurusan tetapi untuk disebut bersama barisan pengurus-pengurus hebat telah menjadikan saya sangat bangga.
“Saya sedar ramai orang yang perlu diucapkan terima kasih dalam laluan itu, kepada pengurus-pengurus sebelum ini di mana saya merupakan seorang penolong, tetapi juga kepada para pemain.”
Shakespeare mempunyai rekod 100 peratus daripada enam perlawanan sebagai bos selepas dia dinaikkan menjadi pengurus berikutan pemecatan kontroversi pemilik kelab itu, Claudio Ranieri. – AFP