Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Donnarumma sedia buktikan kemampuan bersama City

    LONDON, 12 SEPT – Penjaga gol baharu Manchester City, Gianluigi Donnarumma bersedia membuktikan kemampuannya dalam ‘liga terbaik di dunia’ selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG).

    Donnarumma menyertai City buat kali pertama kelmarin selepas perpindahannya bernilai £30 juta (AS$40 juta) ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada hari terakhir perpindahan.

    Pemain berusia 26 tahun itu memenangi Liga Juara-Juara dan kejuaraan liga Perancis keempat musim lalu, namun pengurus PSG, Luis Enrique secara mengejut menjelaskan Donnarumma bukan lagi pilihan utama di Parc des Princes.

    Situasi itu membuka jalan kepada perpindahannya ke City, dan berkemungkinan besar penjaga gol Itali itu akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan derbi Manchester di Stadium Etihad, Ahad ini.

    “Ini adalah babak baharu dalam hidup dan karier saya. Beraksi dalam EPL bersama Manchester City adalah satu emosi besar buat saya, dan saya sedia menyahut cabaran ini,” kata Donnarumma.

    Aksi Donnarumma melakukan penyelamatan semasa perlawanan kumpulan I zon Eropah kelayakan Piala Dunia 2026 antara Israel dan Itali pada 8 September. – AFP
    Penjaga gol baharu Manchester City itu bersedia membuktikan kemampuannya dalam ‘liga terbaik di dunia’ selepas meninggalkan Paris Saint-Germain. – AFP

    “Saya sentiasa mengimpikan untuk bermain dalam EPL kerana ia adalah liga terbaik di dunia. Bagi seorang pemain, kejayaan dalam EPL adalah pencapaian tertinggi dalam karier, jadi saya benar-benar gembira berada di sini.

    “Saya sanggup turun ke padang untuk kelab ini, yang begitu berusaha untuk mendapatkan saya dan saya harap dapat membalas kepercayaan itu.”

    Selepas tiba di Manchester sejurus tamat tugasan antarabangsa bersama Itali, Donnarumma kini berusaha menyesuaikan diri dengan pengurus Pep Guardiola, rakan sepasukan baharu dan kemudahan kelab.

    “Ia sebuah kelab yang sentiasa menarik perhatian saya,” katanya.

    “Saya sentiasa mengikuti perkembangan City dengan penuh minat. Segala yang saya lihat di sini seperti pusat latihan dan stadium memang hebat.

    “Awda tidak akan tahu nilai sebuah kelab hingga anda benar-benar melihatnya dengan mata sendiri.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda