Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    DoorDash setuju beli Deliveroo AS$3.9 bilion

    LONDON, 7 MEI – DoorDash, sebuah aplikasi penghantaran makanan terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), telah bersetuju untuk membeli pesaing British, Deliveroo pada harga AS$3.9 bilion, justeru melebar sayap mereka di Eropah, Asia dan Timur Tengah.

    DoorDash yang berpusat di San Francisco akan membayar 180 pence (AS$2.40) untuk setiap saham Deliveroo, iaitu 29 peratus lebih tinggi berbanding harga penutupan pada 24 April, sehari sebelum tawaran diumumkan, kata kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan bersama sebelum Bursa Saham London dibuka untuk dagangan kelmarin.

    Perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa kedua terbesar bagi DoorDash dalam tempoh tiga tahun, ketika syarikat itu berkembang dari pangkalan tradisionalnya di AS, Kanada dan Australia.

    Selepas pembelian Deliveroo dan Wolt Enterprises yang berpusat di Helsinki pada 2022, DoorDash akan beroperasi di lebih daripada 40 pasaran di seluruh dunia.

    “Saya berasa amat teruja dengan prospek apa yang dapat dicapai oleh DoorDash dan Deliveroo bersama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DoorDash, Tony Xu, dalam satu kenyataan. – AP

    Gambar fail ini menunjukkan logo Deliveroo pada sebuah basikal di London, pada 11 Julai 2017. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda