BERLIN, 16 SEPT – Pengarah sukan Borussia Dortmund Sebastian Kehl berkata pasukannya mempunyai ‘kewajipan’ apabila mereka melayan kunjungan Schalke dalam perlawanan derby Ruhr ke-99 era Bundesliga pada hari Sabtu.
Walaupun derby secara meluas dianggap sebagai yang terbesar dan paling bersejarah dalam sejarah bola sepak Jerman, nasib berbeza kedua-dua musim kebelakangan ini menyerlahkan jurang yang semakin meningkat antara mereka.
Bercakap selepas kekalahan tipis 2-1 pasukannya kepada Manchester City dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu, Kehl mengalihkan tumpuannya kepada perlawanan ‘amat penting’.
“Saya bangga dengan prestasi kami tetapi bagi saya ia datang seiring dengan beberapa kewajipan,” kata Kehl lewat pada hari Rabu.
“Ia adalah perlawanan yang sangat penting bagi kami, kami perlu mempamerkan prestasi yang benar-benar baik sekali sebelum cuti rehat pasukan kebangsaan.”
Dortmund memberikan salah satu persembahan terbaik semasa bimbingan jurulatih Edin Terzic ketika menentang City dan dilihat bakal meraih kemenangan yang tidak dijangka hasil jaringan Jude Bellingham, sebelum jaringan lewat dari John Stones dan bekas penyerang BVB Erling Haaland membenarkan pasukan tuan rumah merampas kemenangan.
Walaupun kelab itu pulang dengan kekecewaan, Kehl berkata Dortmund boleh banyak mempelajari daripada prestasi itu.
“Jika pasukan beraksi seperti hari ini, maka hanya akan ada seorang pemenang pada hari Sabtu.” – AFP
