Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund berazam tewaskan Bayern

    BERLIN, 19 Dis – Pengurus baru Borussia Dortmund Peter Stoeger berazam untuk memperolehi kemenangan ketika pasukannya membuat persediaan untuk pertembungan ‘heavyweight’ menentang Bayern Munich dalam Piala Jerman esok. Juara bertahan Dortmund telah memenangi dua perlawanan sejak Stoeger mengganti pengendali sebelumnya Peter Bosz awal bulan ini dan sekali gus bangkit semula tepat pada masanya untuk menentang Bayern minggu ini.

    Walaupun belum berdepan tugas yang sukar sebagai pengurus Dortmund, Stoeger berazam untuk mendapat trofi dan Dortmund dalam rangka untuk mempertahankan Piala Jerman.

    “Saya tidak tahu berapa peluang yang saya dapat untuk mara ke perlawanan akhir,” pengurus Austria itu berkata. “Saya mahu mendapatkan trofi.”

    Slot untuk suku akhir masih samar-samar namun apabila Bayern dan Dortmund bertemu dalam peringkat awal ini, pemenang perlawanannya sudah pasti akan menjadi pasukan utama yang akan menjuarai Piala Jerman.

    Kedua-dua pasukan bertembung setiap kali saingan piala dalam enam musim, setiap pasukan memenangi tiga perlawanan dan bertemu dalam tiga perlawanan akhir sejak 2012.

    Peter Stoeger menyaksikan dari bangku simpanan dalam saingan Bundesliga Jerman tempoh hari. – AP

    “Kami bermain dengan baik menentang Bayern dalam saingan Piala beberapa tahun kebelakangan,” kata pemain pertahanan Dortmund Sokratis. “Mereka kan menjadi pilihan utama tetapi semuanya tidak mustahil dalam perlawanan ini.”

    Bayern menewaskan Dortmund 3-1 dalam perlawanan Bundeliga bulan lepas dan pasukan tersebut menghadapi konflik beberapa bulan ini.

    Sementara Bayern memiliki kelebihan 11 mata di puncak liga di bawah kendalian Jupp Heynckes, Dortmund melalui lapan perlawanan tanpa menang sehingga Stoeger tiba di Dortmund untuk mengubah nasib.

    “Kami beranggapan bahawa kami mempunyai tugas yang sukar hari ini,” kata Joshua Kimmich.

    “Ini merupakan perlawanan tumpuan dan kami perlu memenanginya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda