Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund beri tumpuan kepada Chelsea

    LONDON, 7 MAC – Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic hari ini berkata, pasukannya boleh menghalang spekulasi mengenai Jude Bellingham meninggalkan kelab apabila mereka bertemu Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara minggu ini.

    Bellingham muncul sebagai salah seorang bintang muda paling cemerlang di Eropah sejak menyertai Dortmund dari Birmingham pada 2020.

    Pemain berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan untuk pasukan England di Piala Dunia tahun lalu dan telah menjadi kuasa dominan semasa Dortmund mencatat 10 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

    Tetapi peningkatan mendadak Bellingham telah mencetuskan perbualan bahawa dia akan meninggalkan kelab Jerman itu pada penghujung musim ini, dengan Liverpool, Manchester City dan Chelsea dikata-kan antara destinasi seterusnya.

    “Dengan menghormati Jude dan persembahannya, kami menjawab soalan seperti ini sejak dia tiba,” kata Terzic kepada pemberita sebelum pertemuan menentang The Blues di Stamford Bridge hari ini.

    “Sebelum dia memilih untuk menyertai kami, dia mempunyai peluang untuk menyertai Liga Perdana. Terdapat banyak minat dari kelab liga teratas.

    “Tetapi dia memilih untuk menyertai kami kerana dia tahu ia boleh menjadi langkah yang sempurna untuknya. Saya fikir kami telah membuktikannya. Dia banyak membantu kami. Tetapi kami sebagai sebuah kelab membantu dia dan kariernya juga,” tambahnya. – AFP

    Aksi Jude Bellingham (kiri) mengawal bola semasa perlawanan menentang RB Leipzig dalam saingan Bundesliga pada 3 Mac, 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda