Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund harap Haaland kembali, kekalkan tekanan Bayern

    BERLIN, 25 FEB – Borussia Dortmund berharap dapat mengembalikan pemain bintang Norway, Erling Haaland untuk perlawanan Ahad ini dengan Augsburg yang bergelut dan boleh menamatkan hujung minggu dengan jurang antara mereka dan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich turun kepada tiga mata.

    Alasan Dortmund bersikap optimis mengenai senario ini adalah walaupun mereka tidak konsisten musim ini, prestasi Bayern juga telah goyah sejak kebelakangan ini.

    Kekalahan mengejut 4-2 oleh VfL Bochum diikuti oleh Bayern yang memerlukan gol penyamaan lewat dalam perlawanan pusingan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang RB Salzburg dan prestasi kurang memuaskan walaupun kedudukan 4-1 menentang pasukan tercorot Greuther Fuerth hujung minggu lalu. – AFP

    Aksi Marco Reus bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan antara Borussia Dortmund dan Rangers kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda