Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara

    DORTMUND, 17 APRIL – Borussia Dortmund bangkit untuk menewaskan Atletico Madrid 4-2 dalam pusingan kedua peringkat suku akhir awal pagi tadi, memastikan kemenangan agregat 5-4 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013.

    Ketinggalan 2-1 dari pusingan pertama, gol hasil Julian Brandt dan Ian Maatsen meletakkan Dortmund 2-0 pada separuh masa.

    Jurulatih pelawat, Diego Simeone membuat tiga pertukaran pada separuh masa termasuk membawa Angel Correa dan tenaganya memberikan kesan dengan serta-merta, Mats Hummels menjaringkan gol sendiri sebelum pemain Argentina itu menjaringkan gol untuk meletakkan Atletico kembali di hadapan dalam perlawanan itu.

    Tetapi gol itu menghidupkan kembali Dortmund dengan Niclas Fuellkrug dan Marcel Sabitzer masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit untuk menghantar kelab Bundesliga itu mara ke peringkat seterusnya.

    “Ia adalah keajaiban. Saya cuba untuk tidak terbawa-bawa dalam temu bual, tetapi ia benar-benar ajaib. Stadium ini benar-benar hebat hari ini,” kata Fuellkrug kepada DAZN.

    Bekas juara, Dortmund yang kini menduduki tempat kelima dalam liga utama Jerman dan mengalami kesukaran untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan akan menentang Paris Saint-Germain untuk tempat ke final di Wembley pada 1 Jun.

    “Kami memang memberikan mereka peluang dan gol dalam 15 minit selepas separuh masa, kami perlu memperbaikinya, itu sudah pasti, tetapi respons kami terhadapnya sungguh membanggakan,” kata Brandt.

    Atletico berusaha untuk mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun, tetapi tersingkir di pe-ringkat suku akhir kali ketiga dalam lima musim. – AFP

    Reaksi Niclas Fuellkrug selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Signal-Iduna Park di Dortmund, Jerman pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda