Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund menang meski permainan hambar

    BERLIN, 1 Okt – Minggu teruk Pierre-Emerick Aubameyang berterusan apabila dia gagal menyempurnakan penalti, tetapi Borussia Dortmund masih bertahan untuk menang 2-1 di Augsburg semalam untuk melebarkan kelebihan Bundesliga mereka.

    Bintang penyerang Aubameyang masih terbawa daripada persembahan hambarnya dalam kekalahan 3-1 Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri kepada Real Madrid selepas sepakan lemahnya menuju tepat pada penjaga gol Augsburg, Marwin Hitz ketika perlawanan berbaki 10 minit.

    Meskipun penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu itu melepaskan peluang ‘mematikan perlawanan’, Dortmund bertahan dengan gol-gol daripada Andriy Yarmolenko dan Shinji Kagawa untuk memberikan Borussia kelebihan lima mata di persada liga.

    Ia adalah penalti kontroversi yang dihadiahkan oleh video pembantu pengadil (VAR) selepas pengadil Marco Korb terlepas satu faul oleh Koo Ja-Cheol ke atas Lukasz Piszczek.

    Ia hadir selepas VAR sebelum itu gagal menghadiahkan Augsburg satu penalti apabila Sokratis daro Dortmund dengan jelas menarik jersi pemain tengah Brazil, Caiuby.

    Antara aksi pemain perancang Dortmund, Shinji Kagawa ketika menentang Augsburg. – AP

    Dortmund mendahului perlawanan hanya selepas empat minit menerusi pemain sayap Yarmolenko sebelum Caiuby menanduk gol penyamaan.

    Kagawa menjaringkan gol dalam apa yang terbukti menjadi gol kemenangan pada minit ke-23 dengan melambungkan bola melepasi jangkauan Hitz.

    “Kami gembira dengan keputusan ini, tetapi ia adalah persembahan terburuk sejak saya menjadi jurulatih Dortmund,” kata bos Dortmund, Peter Bosz.

    “Kami tidak bermain bola sepak yang bagus, dan ia malah semakin teruk selepas rehat.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda