Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund pecat Thomas Tuchel

    BERLIN, 31 Mei – Reputasinya kerana tidak ortodoks telah menjadikan Thomas Tuchel (gambar) pengganti sempurna sebagai ketua jurulatih Borussia Dortmund selepas pemergian Jurgen Klopp pada tahun 2015. Tetapi dua tahun kemudian, hubungan Tuchel dengan gergasi Bundesliga itu telah berubah tawar.

    Tuchel telah dipecat kelmarin, dengan baki setahun kontraknya, selepas tidak sependapat dengan CEO Dortmund, Hans-Joachim Watzke dan kehilangan sokongan dari bilik persalinannya.

    Pemergiannya, yang dilaporkan termasuk pembayaran perpisahan sekitar 2.5 juta euro (AS$2.7 juta), berbeza dengan senyumannya ketika Dortmund memenangi Piala Jerman di Berlin.

    Ia merupakan gelaran pertama, dan terakhirnya, dengan Dortmund dan Tuchel juga berada di tengah-tengah keraian pasukannya di depan penyokong di Borsigplatz, Dortmund. Tetapi beberapa perkara semakin jelas selepas final piala di Berlin itu.

    Kapten Marcel Schmelzer telah mengkritik Tuchel kerana tidak memilih Nuri Sahin, yang lebih cergas, untuk menggantikan pemain tengah Jerman, Julian Weigl dalam kesebelasan utama final itu.

    “Untuk penjelasan, anda perlu bertanya kepadanya. Kami menyokong Nuri sepenuhnya,” tegas Schmelzer.

    Selepas dua tahun bertugas, Tuchel meninggalkan Dortmund dengan reputasi pakar taktikal yang bijak, dan juga kaedahnya yang sukar.

    Seperti Pep Guardiola, Tuchel tidak takut untuk mengubah formasi atau taktik sebanyak dua atau tiga kali dalam satu perlawanan, menjadikan jurulatih lawan sukar untuk menekanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda