Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund semakin hampir genggam gelaran juara

    BERLIN, 26 MEI – Dengan berbaki satu perlawanan sebelum merangkul gelaran jaura, jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic meminta pasukannya untuk tidak melakukan apa-apa yang istimewa.

    Dua mata di depan liga, Dortmund boleh memenangi kejuaraan pertama mereka selama 11 musim dengan menewaskan Mainz di tempat sendiri pada hari Sabtu, tanpa mengira

    keputusan Bayern Munich di tempat kedua di Cologne.

    Jika Bayern kalah atau seri, gelaran itu adalah milik Dortmund.

    Tetapi ketika bandar Dortmund merancang perarakan untuk ratusan ribu orang pada Ahad ini, Terzic telah menggesa pihaknya untuk terus melakukan perkara-perkara ‘yang menyebabkan diri kita berada dalam situasi yang mencipta euforia ini’.

    “Padangnya sama besar seperti minggu lalu dan bolanya sama bulat,” kata Terzic pada sidang media pra perlawanan kelmarin di Dortmund.

    Dilahirkan dan dibesarkan di bandar itu, lelaki berusia 40 tahun itu adalah peminat tegar Dortmund.

    Minggu ini, gambar sekali lagi menjadi tular tentang jurulatih yang memakai selendang kuning dan hitam, berdiri di hadapan orang ramai pada perlawanan akhir Piala Jerman 2012 di Berlin. Dortmund memenangi perlawanan itu 5-2 ke atas musuh lama Bayern, setelah juga meraih kejuaraan liga pada tahun itu. – AFP

    Reaksi Sebastien Haller meraikannya selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan di Augsburg, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda