Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund tanpa Hakimi musim depan

    MUNICH, 28 JUN – Pemain antarabangsa Maghribi, Achraf Hakimi bakal meninggalkan
    Borussia Dortmund musim panas ini setelah dua tahun bersama kelab menerusi pinjaman dari Real Madrid, kata pengarah sukan kelab Bundesliga, Michael Zorc, semalam.

    Hakimi, 21, telah dikaitkan berminat menyertai Inter Milan dengan harga sekitar 40 juta euro (AS$45 juta) setelah mempamerkan prestasi yang mengagumkan di Dortmund.

    Dia menjaringkan lima gol dan memberikan 10 assist di Bundesliga sambil menunjukkan kemampuannya mempunyai kebolehan bermain di kedua-dua posisi sayap kanan dan kiri.

    Zorc, yang pada awalnya berharap dapat mengekalkan Hakimi, mengatakan harga permintaan pemain kelahiran Madrid semakin meningkat lagi.

    “Kami tidak mahu dia pergi ke sana, namun kami tidak dapat menahannya,” kata Zorc yang merasa sedih. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda