Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dortmund tundukkan United

    LAS VEGAS, 31 JULAI – Borussia Dortmund berhasil mengalahkan Manchester United akibat kesilapan pertahanan yang dibuat oleh Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung semalam apabila pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu menamatkan lawatan mereka di Amerika Utara dengan kekalahan 2-3 kepada pasukan Bundesliga di Las Vegas.

    Gol oleh pemain simpanan Dortmund, Youssoufa Moukoko, pada separuh masa kedua membuktikan perbezaan dalam pertembungan menarik kedua-dua pasukan itu di Stadium Allegiant, laman kelab NFL, Las Vegas Raiders.

    Pengurus United, Erik ten Hag, menurunkan pasukan utama yang hampir penuh untuk memulakan perlawanan, meninggalkan pemain seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes, dan pemain baharu, Mason Mount, di bangku simpanan.

    Namun, kesebelas pemain utama United itu lebih daripada sekadar untuk bersaing dengan Dortmund pada separuh masa pertama, malah mendominasi perlawanan dalam jangka masa yang lama sebelum Diogo Dalot membuka jaringan untuk Red Devils pada minit ke-24 dengan rembatan dari jarak jauh.

    Namun, Dortmund mengubah keadaan perlawanan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama, dengan dua gol dalam masa satu minit melalui hasil jaringan penyerang antarabangsa Belanda, Donyell Malen.

    Gol pertama dihasilkan apabila pertahanan United gagal menutup ruang gerakan Karim Adeyemi di sebelah kanan.

    Walaupun dikelilingi beberapa pemain pertahanan United, Adeyemi berjaya melepaskan umpan kepada Malen, yang merembat masuk dari jarak dekat.

    Malen mendapatkan gol keduanya satu minit kemudian, kali ini memanfaatkan kesilapan United apabila Victor Lindelof kehilangan bola di dalam kotak penalti cuba melepaskan umpan dari belakang.

    United bernasib baik kerana tidak ketinggalan 1-3 pada minit pembukaan separuh masa kedua, apabila kesilapan pertahanan United, Harry Maguire, membenarkan Sebastien Haller menjaringkan gol. – AFP

    Karim Adeyemi semasa beraksi pada perlawanan persahabatan di Las Vegas, Nevada. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda