Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dos ketiga Pfizer berkesan terhadap varian Delta

    WASHINGTON, 29 JULAI – Syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat Pfizer semalam menyatakan dos ketiga vaksin COVID-19 lebih berkesan meningkatkan tahap perlindungan antibodi terhadap varian Delta.

    Tahap antibodi terhadap varian Delta pada individu berusia 18 hingga 55 tahun yang menerima dos ketiga vaksin Pfizer/BioNTech lima kali ganda lebih tinggi berbanding suntikan dos kedua, lapor Xinhua memetik data pada sidang video syarikat berkenaan.

    Dalam kalangan individu berusia 65 hingga 85 tahun, data Pfizer menunjukkan bahawa tahap antibodi terhadap varian Delta selepas menerima dos ketiga adalah 11 kali ganda lebih tinggi berbanding dos kedua.

    “Pfizer menjangkakan permohonan kebenaran penggunaan kecemasan untuk dos ketiga vaksinnya dibuat seawal bulan depan,” kata ketua penyelidikan, pembangunan dan perubatan Pfizer global Mikael Dolsten, memetik CNN. – Bernama

    Bebuli vaksin Pfizer-BioNTech kelihatan di pusat vaksinasi di Ruben Autodrome di Capiata, Paraguay. Pfizer berkata dos ketiga vaksin COVID-19 lebih berkesan meningkatkan tahap perlindungan antibodi terhadap varian Delta. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda