Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dosirak di Korea makin popular

    Gambar ANN/Korean Herald

    SEOUL – Ia merupakan satu hidangan lengkap yang disajikan dalam sebuah kotak dengan beberapa kompartmen – bayangkan kotak perhiasan.

    Sebuah dosirak boleh jadi apa-apa saja – daripada kotak makan tengah hari sederhana yang dimakan di meja kerja kepada makan tengah hari perkelahan yang penuh dengan gimbap dan makanan lainnya.

    Bahkan, dosirak dapat dinaik taraf menjadi hidangan gourmet dengan sedikit juadah istimewa yang mengisi pelbagai kompartmennya.

    Meskipun catatan rekod tentang dosirak sudah ada sejak zaman Kerajaan Silla (57-676), dosirak menjadi lebih popular semasa era pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1960an.

    Sebelum kantin sekolah dan kafe pejabat berkembang pesat, dosirak buatan sendiri yang disimpan dalam bekas logam atau plastik dengan kompartmen-kompartmen sudah menjadi suatu kemestian.

    Dosirak bolgogi daging doenjang di Dapur Jo PD di Yeoudo.
    Dosirak sedia dihidangkan di Dapur Jo PD di Yeouido.
    Bento negitoro di Seopsikdang di Mangwon.
    Bento seseri di Seopsikdang di Mangwon.
    Dosirak salad udang berempah dengan sup brokoli di Kafe Snowfox Gran-N-Go di Gwanghwamun, tengah Seoul.

    Sebuah dosirak makan tengah hari biasanya terdiri daripada nasi dengan tiga hingga empat banchan atau hidangan sampingan. Kadang-kadang sup panas dibawa dalam bekas termos berasingan.

    Hari ini, dosirak tidak perlu dibuat sendiri. Terdapat ramai penjual yang mengkhusus dalam dosirak untuk dibawa pulang yang sihat, sedap serta menyenangkan.

    Dapur Jo PD

    Penerbit muzik dan rapper terkenal, Cho PD atau Cho Joong-hoon, terinspirasi untuk membuka Jo PD Kitchen di Yeouido setelah bertahun-tahun makan makanan segera semasa waktu rehat, sering kali makan dosirak yang tidak sihat dan mengandungi terlalu banyak perisa.

    Dosirak di sini adalah ‘rendah kalori, rendah garam, rendah lemak,’ hanya menggunakan sos dan perisa buatan sendiri.

    Ganjang (kicap soya) dan doenjang (pes kacang soya tapai) digunakan untuk menambah perisa rasa ramuan utama.

    Dosirak bulgogi daging lembu doenjang dan dosirak stik salmon panggang adalah dua pilihan kegemaran pelanggan.

    Meskipun kedua-duanya mempunyai empat sajian sampingan yang sama, dosirak bulgogi daging doenjang dilengkapi dengan sayuran daun hijau untuk membuat ssam, atau dalam saiz kecil yang senang dimakan begitu sahaja.

    Kotak dosirak kayu diperbuat oleh studio pakar lakuer, Lee Hyeong-man, yang menggunakan kayu mapel, menurut pengurus.

    Pilihan daging adalah seseri bento, nasi dengan ayam sous vide manis dan pedas.
    Bento negitoro berharga 15,000 won, dan bento seseri pula berharga 14,000 won.
    Restoran tersebut buka pada Khamis hingga Ahad di Mangwon.

    Kafe Snowfox Grab-N-Go

    Kafe Snowfox Grab-N-Go Cafe merupakan francais kafe dosirak global dengan lebih daripada 4,800 kedai di seluruh dunia.

    Kedai ini adalah hasil gagasan seorang usahawan Korea-Amerika dari Houston, Texas.

    Gimbap dan sushi yang mudah disediakan dan dibawa adalah konsep yang agak baharu di Texas pada masa itu dan segera menerima sambutan menggalakkan di sana.

    Terdapat beberapa cawangan Kafe Snowfox Grab-N-Go di Seoul, termasuk di Gwanghwamun, Magok, Gangnam dan Jamsil, yang menjual lebih daripada 30 jenis barang yang mudah disediakan dan dibawa yang dibuat setiap hari dan dipamerkan tersusun rapi di kedai.

    Siri dosirak salad – udang berempah, dada ayam dan tauhu – adalah salah satu item paling popular. Sos atau kuah salad dibuat segar setiap hari di lokasi.

    Untuk pilihan menu Korea, mangkuk nasi dengan daging tumis dan kimchi, dan mangkuk nasi ayam berempah ringan juga boleh diperoleh.

    Untuk pesanan kumpulan, pengunjung dapat membuat dosirak mereka sendiri mengikut cita rasa mereka. -ANN / Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda