Wednesday, November 13, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    DP World, SPSB bekerjasama lancar perdagangan maritim ASEAN

    KUALA LUMPUR, 10 NOV – Sapangar Bay Container Port (SBCP), melalui sinergi dengan DP World Plc yang berpangkalan di Dubai dan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), bersedia berintegrasi ke dalam rangkaian global DP World bagi meningkatkan peranannya secara strategik dalam Asia Tenggara dan membolehkannya memanfaatkan kepesatan pertumbuhan eksport di rantau ini.

    Perkongsian antara kedua-dua syarikat tersebut mencapai kejayaan baharu tahun ini dengan pemindahan pengurusan pelabuhan kepada DP World, yang dilaksanakan di bawah syarikat usaha sama DP World Sabah Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan DP World Asia Pasifik, Glen Hilton berkata SBCP akan menerima sambungan yang dipertingkatkan ke pelabuhan serantau dan antarabangsa, menjadikannya sebagai destinasi yang lebih menarik untuk pelaksanaan penghantaran secara langsung.

    “SBCP memegang kedudukan strategik sebagai hab pemindahan penghantaran bagi wilayah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA), dengan kedudukan yang amat dekat dengan pasaran industri serta pengguna utama seperti China, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Australia.

    “Melalui perkongsian ini, SBCP akan mempunyai akses yang lebih baik kepada rangkaian pelabuhan dan terminal kami, sekaligus, membantu mengurangkan kos, masa transit selain menyediakan opsyen penghantaran yang lebih dipercayai, seterusnya, menyumbang kepada kecekapan operasi dan daya saing,” katanya kepada Bernama. Rangkaian DP World menghubungkan SBCP dengan pelabuhan serantau yang lebih kecil dalam wilayah BIMP-EAGA dan hab global yang lebih besar, memberikan akses ke laluan perkapalan global kepada pemilik kargo di Sabah, yang mana, kargo ini boleh dihubungkan terus kepada kapal di laluan kontena utama. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda