Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM berkenan terima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.

    Majlis tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.

    Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Air Vice Marshal Mahmud Hussain. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengerusi Autoriti Penerbangan Awam Republik Rakyat Bangladesh.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Sosialis Vietnam ke Brunei Darussalam, Do Anh Tuan. Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah di Akademi Diplomatik Vietnam, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Sosialis Vietnam.

    Sejurus selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Turki ke Brunei Darussalam, Mehmet Suat Akgun.

    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Do Anh Tuan. - Gambar-gambar oleh Infofoto
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Do Anh Tuan. – Gambar-gambar oleh Infofoto
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Air Vice Marshal Mahmud Hussain.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Air Vice Marshal Mahmud Hussain.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Mehmet Suat Akgun.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Mehmet Suat Akgun.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Marcal Avelino Ximenes.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Marcal Avelino Ximenes.

    Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai timbalan ketua pengarah bagi Asia Selatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki.

    Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Brunei Darussalam, Marcal Avelino Ximenes. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di National University of Timor Lorosa’e.

    Ketua-ketua perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan surat-surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda