Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC A muncul juara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari ini membantu DPMM FC A memenangi edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Belia Asia Tenggara (SEA) Albirex Singapura 2023 di Padang Sekolah Sukan.

    Para pemain muda DPMM FC yang tidak pernah kalah itu mendahului liga selepas mengumpul 25 mata, memenangi lapan daripada sembilan perlawanan untuk memastikan kejuaraan.

    IKLS-MB5 FC mendapat tempat kedua dengan tiga mata di belakang juara, manakala Kasuka FC menduduki tempat ketiga dengan 18 mata.

    Kejohanan itu, yang memasuki minggu ketiga dan terakhir hari ini, dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak Dash dengan kerjasama Akademi Bola Sepak Albirex Singapura.

    Pemain terbaik dari kejohanan tersebut akan menuju ke Singapura untuk bermain di peringkat akhir pada Disember tahun ini.

    Antara aksi YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dalam kejohanan tersebut. – Gambar Infofoto
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama pasukannya dan piala yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Infofoto

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda