Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC bakal adakan sesi pemilihan pemain

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Kelab Bola Sepak DPMM FC mempelawa pemain-pemain tempatan di Negara Brunei Darussalam untuk mengikuti pemilihan untuk diserapkan ke skuad utama pasukan berkenaan.

    Pemain-pemain yang berminat hendaklah memegang kad pengenalan berwarna kuning sahaja yang lahir dari tahun 2002, 2003 dan 2004.

    Sesi pemilihan tersebut akan mengambil tempat pada Ahad, 22 Januari bertempat di Stadium Mini Jerudong Park, Jerudong.

    Sehubungan itu, pendaftaran pemain-pemain akan mula dibukakan bermula pukul 12:30 tengahari dan para pemain adalah dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan semasa pendaftaran tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda