Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC bakal berdepan Yangon United

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – DPMM FC akan mengorak langkah ke arah kelayakan dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Peringkat Kumpulan 2023/24 menentang Yangon United pada Pusingan Awal 2 di Stadium Thuwwuna di Yangon, Myanmar pada 16 Ogos.

    Badan induk bola sepak benua itu telah mengeluarkan secara rasmi jadual perlawanan peringkat awal dan playoff yang melibatkan kelima-lima Zon AFC.

    Pemenang perlawanan antara DPMM FC dan Yangon United akan mara ke pusingan playoff di mana pasukan dari Indonesia, PSM Makassar menanti pada 23 Ogos.

    Pemenang perlawanan playoff seterusnya akan menempah tempat dalam peringkat kumpulan Piala AFC, yang dijadualkan bermula pada bulan September.

    DPMM FC, yang mendapat penyertaan ke kejohanan itu selepas memenangi Piala FA Brunei tahun lepas, akan menjadi pasukan kedua yang mewakili negara dalam pertandingan benua peringkat kedua selepas Indera SC pada 2020.

    Ini akan menjadi penampilan pertama kelab berkenaan, yang kini bersaing dalam liga teratas Singapura iaitu Liga Perdana Singapura (SPL), dalam pertandingan ini.

    DPMM FC sebelum ini dua kali memenangi SPL pada 2015 dan 2019 namun tidak layak menyertai pertandingan tersebut.

    Kali terakhir kelab itu beraksi dalam bola sepak Asia semasa pusingan kedua kelayakan Liga Juara-juara AFC pada musim 2002-2003.

    Perlawanan lain dalam Zon ASEAN akan menyaksikan juara liga Kemboja, Phnom Penh Crown FC menentang Young Elephants FC dari Laos di Stadium Smart RSN.

    Gambar ramai pasukan DPMM FC. – Gambar serahan Liga Perdana Singapura
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda