Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Perdana Singapura, DPMM FC menentang Geylang International di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Brunei DPMM FC akhirnya berjaya bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 3-0 ke atas Geylang International dalam perlawanan Liga Perdana Singapura, sebentar tadi. (Klik di sini untuk cerita lanjut)