Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC benam Kasuka FC

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – DPMM FC dan Indera SC akan berentap dalam perlawanan akhir Piala FA Brunei pada 18 Mei ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    DPMM FC mara selepas membenam Kasuka FC 2-0 meskipun seri tanpa jaringan pada separuh akhir kedua kelmarin.

    Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan apabila pemain import, Sergio Mendiguchia menjaringkan gol seawal 25 saat permainan – mencipta kejutan awal kepada pertahanan Kasuka FC.

    Gol kedua DPMM FC disumbangkan oleh Haziq Naqiuddin pada minit ke-36.

    Kasuka FC cuba bangkit selepas rehat namun gagal menewaskan DPMM FC.

    Aksi pemain DPMM FC dan Kasuka FC semasa perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Dua gol DPMM FC dari separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan kemenangan mereka.

    Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Berakas, Indera SC turut melangkah ke final selepas menewaskan MS ABDB 4-2 untuk meraih kemenangan agregat 7-3.

    MS ABDB yang memerlukan gol awal untuk menutup defisit, sebaliknya ketinggalan apabila pemain import Indera SC, Kashim Elisha Oluwasegun membuka jaringan pada minit ke-35.

    Indera SC mendahului perlawanan pada separuh masa kedua dengan jaringan Abdul Khair Haji Basri pada minit ke-59, di-susuli gol kedua Kashim Elisha Oluwasegun pada minit ke-68 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

    MS ABDB akhirnya membuka jaringan menerusi Mohammad Shafie bin Haji Mohd Effendy pada minit ke-74, namun Indera SC kembali melebarkan jurang melalui gol Mohammad Aimmil Rahman Ramlee sembilan minit kemudian.

    Mohammad Shafie menambah satu gol sagu hati pada minit ke-86, namun terlambat untuk mencabar kemenangan Indera SC yang kini bersedia menentang DPMM FC dalam misi memburu kejuaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda