Oleh Fadhil Yunus BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – DPMM FC memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini dalam Liga Perdana Singapura dengan keputusan 2-1 menentang Tanjong Pagar United di Stadium Jalan Besar di Singapura malam tadi. Blake Ricciuto memberikan peluang pertama permainan selepas cubaan rendahnya yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol DPMM FC, Akmal Tursunbaev.