Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – DPMM FC telah mengesahkan penyertaan mereka dalam musim Liga Perdana Singapura (SPL) akan datang berikutan pemeteraian Perjanjian Penyertaan Kelab yang diadakan di Stadium Jalan Besar di Singapura, hari ini.
Menandatangani bagi pihak DPMM FC ialah pengurus besarnya, Awang Ali bin Haji Momin manakala Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Pemangku Pengerusi SPL, Bernard Tan turut menandatangani perjanjian berkenaan.
Acara itu disaksikan oleh Se-tiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari dan Jawatankuasa Eksekutif DPMM FC, Haji Awang Momin bin Haji Mohammad Jaafar.