Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC teruskan momentum

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – DPMM FC mengekalkan permulaan sempurna dalam Kejohanan Liga Bawah 19 Tahun Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) dengan menewaskan Kota Ranger FC 1-0 di Stadium Mini Jerudong Park di Jerudong, baru-baru ini.

    Pemain DPMM FC, Awang Mohd Zakwan bin Abdullah Wan Afrezal menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-16.

    Kemenangan ketujuh berturut-turut pemain muda Gegar Gegar itu membantu mereka melebarkan pendahuluan enam mata di depan Kota Ranger FC dan Kasuka FC, yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.

    Sementara itu, dalam perlawanan lain, IKLS MB-5 FC dan Setia Perdana berakhir tanpa jaringan sementara Bakes FC menewaskan pasukan tercorot Seriwira FC 11-0.

    Dalam pada itu, DPMM FC sedang membuat persediaan jitu untuk bertemu Seriwira FC dalam perlawanan di Stadium Mini Jerudong Park, Jumaat ini.

    Kota Ranger FC dan Kasuka FC pula masing-masing akan beraksi menentang Bakes FC dan Setia Perdana manakala Indera SC akan menentang Panchor Murai FC.

    Skuad Bawah 19 Tahun DPMM FC meneruskan momentum dengan menewaskan Kota Rangers 1-0, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda