BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Pasukan DPMM FC melepasi ujian sukar dalam saingan Liga Super Brunei (BSL) selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kasuka FC pada perlawanan yang berlangsung di Padang Mini Jerudong Park, malam tadi.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan menyaksikan perlawanan tersebut.