Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC tumbang menentang Tampines Rovers

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Nasib malang DPMM FC dalam Liga Perdana Singapura berterusan selepas tumbang 1-0 kepada Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar di Singapura, kelmarin.

    Penyerang Tampines Rovers, Boris Kopitovic menghukum pasukan DPMM FC dalam kekalahan ketujuh kempen mereka dengan jaringannya pada minit ke-54.

    Penyerang pelawat, Glenn Kwehh membuat hantaran belakang secara tidak sengaja yang memberikan penyerang DPMM FC, Andrei Varankou peluang untuk menjaringkan gol tetapi pemain pertahanan, Shuya Yamashita pantas melakukan halangan yang penting.

    DPMM FC kehilangan pemain selepas pertahanan, Angel Martinez dibuang padang kerana melakukan kesalahan kedua yang layak diambil tindakan.

    Pemain tengah Tampines, Kyoga Nakamura menemui ruang untuk melakukan percubaan tetapi penjaga gol DPMM FC, Haimie anak Nyaring mampu menepisnya dengan baik.

    Aksi pemain DPMM FC dan Tampines Rovers semasa perlawanan berkenaan. – Gambar serahan Liga Perdana Singapura

    Faris Ramli hampir mencipta gol bagi pasukan pelawat dengan rembatannya tersasar selepas pertukaran bola yang kemas dengan Kopitovic.

    Kwehh juga berpeluang untuk membuat jaringan apabila Kopitovic menghantar bola ke arahnya tetapi Haimie berjaya menyelamatkan bola dengan kakinya.

    Dengan Yasir Hanapi mengendalikan permainan di bahagian tengah, dia membuatkan pertahanan Brunei terbuka sebelum Kopitovic melengkapkan gerakan dengan penyudah yang baik.

    Bintang muda DPMM FC, Hakeme Yazid Said hampir membantu pasukannya menyamakan kedudukan namun sepakan percumanya hanya mengenai palang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda