Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    DPPMB bertahlil di kubah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah mengadakan majlis membaca tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Antara yang hadir ialah Yang Di-Pertua DPPMB, Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad berserta ahli-ahli jawatankuasa DPPMB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan tahlil berserta doa yang dipimpin oleh Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan.

    Majlis keagamaan itu adalah antara aktiviti tahunan DPPMB dalam sama-sama menyemarakkan lagi keindahan bulan suci Ramadan di samping bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli.

    Ahli DPPMB ketika mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja. – Gambar serahan DPPMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...