Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPPMB, DUBS tandatangani MoU

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB), baru-baru ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri yang berlangsung di Wisma DUBS Miri dengan disaksikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar, Adam Yii dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sharkawi Suhaili.

    Menandatangani bagi pihak DPPMB ialah Yang Di-Pertua, Haji Abdul Hamid @Sabli bin Haji Arsad dan Naib Yang Di-Pertua I, Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad, manakala DUBS diwakili oleh Naib Pengerusi, Mohamad Abdullah Jamin dan Setiausaha, Khairul Sapardin bin Mohamad.

    MoU tersebut mengukuhkan lagi persahabatan antara DPPMB dan DUBS Cawangan Miri yang telah lama terjalin sejak November 1989.

    MoU tersebut diharap akan dapat menggalakkan kerjasama antara peniaga DPPMB dan DUBS dalam merancakkan lagi perdagangan dua hala.

    Seramai 20 ahli DPPMB hadir pada majlis tersebut yang diikuti dengan lawatan ke perusahaan-perusahaan milik DUBS selama dua hari.

    Antaranya ialah kilang dan muzium kek lapis Siti Payung, kilang keropok lekor D’Frentz, kilang dan bilik pameran Woodpecker Artwork, Kilang Kun Product (Terung Asam), Watiza Agro Farm, Tim’s Seaside Resort dan SM Ecofarm.

    Haji Abdul Hamid @ Sabli dan Mohamad Abdullah Jamin bergambar ramai bersama tetamu lain yang hadir pada majlis tersebut di Wisma DUBS Miri. – Gambar serahan DPPMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda