Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPS anjur kempen derma darah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Bersempena dengan Hari Pendermaan Darah Sedunia 2025 yang membawa tema Berikan Darah, Beri Harapan: Bersama-sama Kita Menyelamatkan Nyawa, Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) sekali lagi menganjurkan kempen derma darah tahunan di ibu pejabatnya di Serasa.

    Seramai 10 orang terdiri daripada kakitangan DPS, pihak berkepentingan dan pelanggan-pelanggan telah mengambi bahagian dalam acara yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen yang diketuai oleh Pemangku Pengurus Besar DPS, Awang Nor Ariffin bin Haji Mohd Ali itu berjaya mengumpul 48 pain darah.

    Acara tersebut adalah sebahagian daripada usaha DPS untuk menggalakkan kakitangan, pihak berkepentingan dan orang ramai menyertai aktiviti derma darah selain memperkukuh lagi komitmen DPS untuk memupuk budaya tanggungjawab sosial dan menyokong masyarakat yang lebih luas.

    ATAS & BAWAH: Antara yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh DPS. – GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda