Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPS semarakkan Syawal

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Bulan Syawal terus meriah diraikan dengan Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah restoran di Kampung Rimba, hari ini.

    Majlis yang diketuai oleh Pengurus Besar DPS, Zil Husam bin Abdul Rahman, bersama kakitangan pengurusan DPS selaku tuan rumah itu telah dihadiri oleh lebih 300 orang tetamu.

    Antara tetamu yang menghadiri majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) dan Pengerusi DPS, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan daripada pihak industri maritim termasuk syarikat perkapalan, ejen perkapalan dan pemilik kapal dari dalam dan luar negara.

    Sambutan diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara syarikat dan pihak-pihak berkepentingan, selain untuk menunjukkan penghargaan dan meraikan sambutan Hari Raya bersama kakitangan, pelanggan dan penyumbang utama yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pencapaian DPS sebagai sebuah syarikat.

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi semasa hadir ke majlis sambutan Hari Raya DPS kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda