Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DR Congo dedah kerajaan baharu

    KINSHASA, 26 OGOS – Republik Demokratik Congo mengumumkan sebuah kerajaan campuran hari ini, tujuh bulan selepas pelantikan Presiden baharu, Felix Tshisekedi.

    “Kerajaan akhirnya ada di sini. Presiden telah menandatangani dekri dan kami akan mula bekerja tidak lama lagi,” kata Perdana Menteri Sylvestre Ilunga memberitahu para wartawan di hadapan ahli kerajaan baharu yang diumumkan oleh jurucakap presiden.

    Persetujuan berkongsi kuasa akan menyaksikan majoriti 66 anggota dilantik dari bekas parti Common Front di bawah pimpinan Presiden Congo, Joseph Kabila. Kumpulan gabungan Direction For Change Tshisekedi dijangka akan merangkumi keseluruhan jawatan yang selebihnya.

    Kabila mengetuai negara terbesar sub-Sahara Afrika selama hampir dua dekad dan masih lagi mengawal sokongan meluas.

    Membentuk kerajaan campuran telah mengambil masa lama ketika kedua-dua belah pihak perlu “menyingkirkan segala halangan bagi membenarkan kerajaan berfungsi,” kata Ilunga.

    Eksekutif akan mempunyai naib perdana menteri wanita, menteri hal ehwal luar negeri dan menteri perancangan, kata Ilunga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda