Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dr Mahathir berjaya jalani prosedur perubatan elektif

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan kini semakin pulih, menurut Institut Jantung Negara (IJN).

    IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata prosedur yang dijalankan oleh sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam, berjalan dengan lancar seperti dirancang.

    “Beliau telah sedar dan bersemangat tinggi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa klinikal, beliau dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi,” menurut kenyataan IJN itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda